20120909

Bye mak cik...

^
nama makhluk ini syuhaida ahmad kamal a.k.a jed (jangan tanya aku kenapa jed gi tanya die sendiri)

Assalamualaikum, Dear my fren,

Kejap je aku rasa masa berlalu. Walaupun persinggahan ketika cuti selepas spm kita kenal tapi banyak cerita telah dikongsi. Bile ko nak fly? ESOK. Kalau 3 bulan lepas aku dengar bende tu nampak macam "ala lambat lagi. Banyak masa lagi ko nak menghayati Malaysia nie". Tapi apabila toleh kesebelah masanya sudah tiba.

Dentisry. Bende tu yang ko pilih untuk litar hidup ko. Doktor gigi somemore. Tapi muka ko memang muka doktor pon memang sesuai sangatla. Tapi  tak tau la kalau ada kata ko muke ustazah hahaha. Tapi betul gak mungkin ada hikmahnya kenapa ko dapat dentistry kat Jordan. Maybe gabungan muke doktor ngan ustazah kowt ahaks(just kidding).

Aku kagun giler ngan post ko haritu, pasal sebelom ko nak fly. Ko cite pasal nak bawak parents ko lawat ko kat oversea. Siyes, 1000 salute to you from me as a cadet. Ko ada wawasan, ada keazaman. So, do the bestla kat sana nanti.

12 jam sebelom bla, weyh ko tak yah la sedih sedih sangat. Ko kan pergi sebab nak belajar. Lagipon tu kan impian ko nak pergi oversea. So, simpan je la air mata ko untuk bile ko dah berjaya nanti, baru nice. 5 tahun. Kejap je tempoh masa tu. Dalam masa 5 tahun, sebuah bangunan pencangkar langit boley terbina. Dalam 5 tahun, akan lahir banyak bayi alaf baru. Dalam masa 5 tahun, yang hidup juga akan kembali kepadanya. Dalam masa 5 tahun, manusia itu mudah berubah. Masa memang begitu. Tapi  zaman ambil masa yang lama untuk berubah.

For the next 5 years,

Ko hutang aku dominos pizza. Aku tuntut nie. Aku demand kat ko, bile kita jumpa aku nak ko dah "assalamualaikum, saya dr.syu."(ayat dah stylo habis nie)tapi tu pon kalau dengan izin Allah la kita bertemu kembali. Kun fayaakun. Semua atas kehendaknya. Walaupun hanya perkenalan yang singkat tapi aku gak rasa sayu weyh. siyes, betul nie(askar pon sedih...harap maklum). Taburan doa kat sepanjang perjalanan umpama lampu jalan sentiasa bersama ko agar terang benderang la jalan ko tu...hahaha...gud luck and struggle for your life...gambate!!!!

Hidup ini umpama sekeping gambar. Sampai masa orang dikanan akan hilang. Orang dikiri akan ghaib. Orang dibelakang akan tiada. Seorang demi seorang dan akhirnya bertemu kembali membuat gambar yang baru,insyallah. 


p/s jangan lupa Allah kat memana kita berada. Solat asas hati kita. Tanpa solat umpama dinding tanpa pasir dan air.







No comments:

Post a Comment