20120826

tomorrow tomorrow and tomorrow

Ahad. Kejap je masa dalam seminggu nie. Tak sedar pon cuti aku dah nak habis esok. Tepat jam 1800H esok maka tamatlah kisah 1st weekend aku. "Ape perasaan aku eh?" "Tak sabar"."Serius nie". Pulang ke sarang bak burung biru yang bebas terbang di awan kembali ke sarang usangnya. Samalah macam aku. Pulang kemana aku telah membina sarang.

Entah apsal malam nie aku sentimental sikit ngan something. Dengan perasaan, dengan masalah, dengan diri. Aku memang lemah. Takde sape cakap aku kuat. Aku tak nafikan. Sebab ianya benar. Aku memang rapuh. Takde sape cakap aku teguh. Aku tak menggelengkan. Sebab ianya betul. Apabila aku tak sengaja mengungkapkan puisi puisi semangat, aku selalu sedar yang aku nie sama je. Sentimental. Memang itulah aku.

Kadang kadang aku tau yang aku sebenarnya bagi semangat kat diri sendiri. Bagi makan kat jiwa aku. Dia lapar. Laparkan kata kata semangat. Tapi dia tak pernah merenggek kat orang laen. Meminta minta supaya disuap. Kadang kadang aku perasan yang aku sentiasa basah. Menggigil kesejukan. Bukan kerana lumrah tapi kerana takut. Bukan kerana fitrah tapi kerana sedih.

Yang digantung hilang ke mana, yang disidai terbang ke mana, yang disangkut cicir ke mana, yang di hampar jatuh ke mana. Tau pun kau, itulah manusia. Yang disapa mengelak membisu, yang ditegur pergi tersipu, yang dipanggil pergi begitu. Itulah kita. Sedih. Memang aku sedih. Nak dimuntah terasa sakit nak disimpan terasa mual. Akhirnya sakit jualah yang melanda diri.

"Shhhuuuuh,quite please"...."bla bla bla"...."diammahhhh!!!" 

Diam lagi baek dari berkata. Berkata meggoreskan luka. Berkata menghiris derita. NAMUN, berkata menampal luka,berkata menutup sengketa. Kalam terakhir ketika kelam, pada larut sabtu malam, jangan diminta yang disulam,insyallah akhirnya aku menyelam.

p/s doakan aku kehidupan selepas ini...amin

No comments:

Post a Comment