20120824

Dear papa,

18 tahun aku wujud kat muka bumi nie baru sekarang aku rasa perasaan itu hadir dalam diri aku. Ketika aku sedang termangu ditepi tingkap, meresaplah mood tu secara tanpa tidak ku duga. Bukan 18 minggu aku hidup tapi 18 tahun. Memang lama sangat.

Dulu, time aku kat asrama aku selalu teringatkan ibu aku kat umah. Selalu tertanya. Selalu ingin menelefon. Tapi entah kenapa baru 2 menjak nie selepas aku masuk upnm aku mula rasa rindu dekat ayah aku. Dulu aku tak pernah rasa macam nie. Rasa ingin berkongsi sesuatu dengannya. Rasa ingin berbual dengannya. Perbualan yang simple tapi mendalam. Deeper conversation.

Mungkin sebab aku dah 18. Nombor yang genap bukannya ganjil. Tidak ganjillah jika perasaaan itu hadir. Mungkin sebagai penggenap kepada diriku untuk menjawab segala persoalan aku. Remaja yang sedang membesar dan serba naif tentang hidup. Hidup itu terang, macam spotlight stadium. Terang kalau pandang dengan hati tapi gelap kalau pejam. Hidup itu terang tapi boleh buat kita silau. Silau kepada hasutan syaitan.

Hal lelaki. Mungkin itu lebih sesuai aku katakan kenapa aku mula rasa begini. Banyak bende yang kekadang buat aku keliru. Buat aku celaru. Buat aku meluru. Ya, memang itu istilah aku gunakan dalam hidup ini. Mencari pintu yang boleh dibuka. Meleraikan ikatan yang sudah tersimpul. Merawat hati yang sentiasa celaru. Semuanya tentang kebebasan. Apalah bebas kalau masih ada yang terpenjara. Apa guna jiwa bebas kalau jasad masih terpenjara.

p/s otak sedang buffering mencari jawapan...

No comments:

Post a Comment