20120708

Trust

Percaya. Bukan mudah nak mendapatkan kepercayaan seseorang itu. Tak mudah untuk aku mempercayai seseorang tak kire siapa die. Sentiasa ada rasa curiga dan waspada dalam diri. Ahh, mungkin kerana pengalaman silam.

Ada ketika aku sendiri menaruh kepercayaan terhadap orang yang aku tak seberapa pasti padanya. Saat aku terdesak hatiku sering membisikkan sesuatu agar aku mempercayainya meski belum kenal dirinya. Naluri aku sering begitu. Namun adakala ianya turut melarang aku daripada mempercayai orang demikian. Curiga kembali menghantui diriku.

Manusia. Memang begitu zahirnya. Memijak yang sedang merangkak melanggar yang sedang berjalan menolak yang sedang berlari. Memang hina. Kepercayaan bukanlah hanya diraih dengan bercerita dan bersembang ianya sesuatu yang lebih daripada itu. Sekali di ragut kepercayaan memang si mangsa akan sentiasa curiga agar tidak berulang.

p/s aku memang payah nak percaya kat orang...

No comments:

Post a Comment