20120304

#14 they never forget their childhood

Waktu aku kecik aku selalu terfikir apa yang akan jadi dalam tempoh 10 taun dari waktu tu. Hmmm, jawapannye memang haru untuk aku pikir waktu tu. Sebab aku tak jangkakan perjalanan aku jadi semakin jauh walaupun hanya dalam tempoh 10 taun. Bermula dari SK Kem Terendak 1, SMK Ghafar Baba hinggalah sekarang RMC. Memang macam2 spesies orang aku dah jumpe. Lagi jauh aku berjalan lagi banyak corak hidup yang dah tercalit kat kanvas hidup aku.

Aku sebenarnye nak cite pasal semalam, firstime aku menghubungkan 2 buah sekolah yang berbeza dalam satu masa dan membentuk sebuah pasukan(ceh,bunyi macam nak tubuhkan angkatan bersenjata plak). Yeah, bunyi macam menarik kan. Semalam buat pertama kalinya aku dengan bangganya ingin menceritakan yang semalam aku dah main basketball kat gelanggang dalam kem(=.= apa yang nak dibanggakan sangat doe ko nie). Ehh,suke hati aku la nak cite pasal pe pon.

Bukan senang nak gabungkan 2 budak sekolah yang aku dah hidup pada 2 zaman yang berbeza. Zaman budak2 dan zaman remaja aku. Memang pada kebiasaannya korang akan pikir yang ianya akan nampak janggal. Tapi takde yang janggal selain pada mule2 kitorang datang dan disambut dengan penuh mesra sebagai tanda mengalu-alukan perlawanan latihan tu.

Cuba korang bayangkan yang budak2 dari kawasan yang berbeza datang ke tempat orang laen dan maen basketball macam seolah-olah diorang pon dah kenal lama. Awesome. Serius shit, aku rasa seronok giler dan aku rasa macam member sekolah menengah aku macam satu sekolah dengan aku masa budak2. Mula2 kitorang maen kat wisma perwira 3Div( dekat ngan mess pegawai...nasib baek ada kabel kalau x memang aku x main kat situ arr). Gelanggangnya agak boleh tahan la. Nampak klasik umpama nescafe classic gitu. Main punya main sampai la aku sendiri tak sedar yang jam dah tercampak kat jarum 12. WTH. Arrghhh,patut arr rasa panas semacam je aku rasa. Terpaksalah kitorang membawa haluan masing2. Yang tinggal kat dalam kem terus pulang ke rumah manakala yang tinggal di luar kem, errmmm(ingat aku nak teros balik ke..haha),


"apa kata lepak pantai dulu, makan2 dulu kat sana. aku ada port baek punyer tapi bukan port minor arr",kata luqman

"aku on je. dah lama doe x lepak pantai sesama(padahal mane pernah aku lepak pantai ngan korang..LOL)" aku berkata

Lepas tu aku terpaksalah tinggalkan moto kat guard. Memang tak dapatla aku nak bawak moto gi sana sebab aku IC member aku kat guard. Berbekalkan Yamaha Lagenda 110Z dan Yamaha Nouvo LC full tank minyak, mereka memecut laju menerjah bayu pantai yang menyapa helmet KHI kitorang. Perrghh, kosai doe lalu pantai bajet jiwang karat doe aku. Sampai kat tepi pantai kelihatan sebuah kedai yang umpama menjerit2 kepada kitorang sebagai tanda suruh kitorang singgah. Lepak tepi pantai sambil makan2 dan borak memang merupakan suatu yang fantastic buat aku dalam banyak2 port kitorang pernah jumpe.


Support menyaport adalah tradisi dalam bab makan. Selepas tu, kitorang pegi pulak ke Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak sambil pokok ru menyaksikan gelagat kami yang agak mempersonakan(padahal aku rasa macam budak2 ada la).  Rilek dulu lepas makan duduk2 kat tepi pantai bawah pokok. Memang stylo habis arr. Berbicara tentang masa depan menjadi bunga bualan kami yang tidak pasti akan hala tuju masing. Ya, memang masing2 punya cita-cita. Kalau bisa ianya dicapai seolah-olah memegang remote control yang boleh mengubah channel sudah pasti menjadi pilihan semua kami yang ingin mengubah kehidupan masing2.

Tetibe aku teringat,

"bukan sekarang dah pukul 1ke?",aku bertanya


"a'ah doe. jom bla dah nak zohor nie",habib membalas

Dengan pantas umpama berlari2 anak kami menuju ke motosikal yang sudah lama bersantai di bawah pokok. Kelihatan juga kanak2 dari sekolah tahfiz turut sedang berkelah disana diselangi dengan kelibat budak2 PLKN yang sedang berehat selepas melakukan khidmat komuniti.

"adioss guys, aku nak chow dlu nie..esok isnin maen lagi", luqman mempamer bicara


"weyh,ko jangan nak bla macam tu plak. teman aku pegi detik erat ambik P aku. kang payah plak aku nak angkut korang laen kali",habib mencelah

Semua membawa haluan masing2 sambil mengingtkan kembali kepada rancangan untuk bermain futsal pada hari isnin...

p/s aku sebenarnyer benci basketball tapi mereka yang telah menarik aku balik kat kancah nie....memori masa form2

1 comment: