20111231

2011------->2012

11 years in 21th century. Sudah 11 tahun mencecah abad ke 21. Bermula dari tahun 2000,

2000: tadika
2001: darjah 1
2002: darjah 2
2003: darjah 3
2004: darjah 4
2005: darjah 5
          and
2011: form 5

Tahun yang penuh cabaran. Tahun yang penuh menguji mental dan emosi. Sakit kerana kurangnya semangat ketika jauh daripada lubuk kebahagiaan. Memang berat Januari hingga Mac, bisa yang tidak pernah tertanggal dari kotak minda untuk mencari jalan mengejar kembali apa yang telah tertinggal setahun yang lepas. Cukupkah ruang waktu yang diberi? Sempatkah? April, kelahiranku yang ke 17 kali. 17 kali bukanlah nombor atau abjad yang besar tapi mudahkah ia untuk ku capai sepanjang perjalanan ini? Mei sampai Ogos, bulan aku mula tersentap. Tersentap? Ya, tersentap dari tidur yang selama ini menutup lubang hatiku terhadap perang. Program di bulan Julai memang menyedarkan aku terhadap titik yang aku sedang cari sebagai GPRS dalam perjalanan yang berlum bermula.

Memang pedih tangan yang menarik. Tercalar dek kerana keangkuhan untuk tunduk kepada desakan matlamat. Masih belum lambat untuk Julai dan Ogos membantu aku untuk menyediakan diri menghadapi SPM. Ogos jualah ruang untuk aku menadah air mata yang sudah lama tidak mengalir dari atas turun ke bawah. Memang susah untuk aku melepaskan kocakkan yang sudah 2 tahun aku pendam. Memang susah untuk aku hempaskannya. Memang susah jugaklah untuk aku carikkan  rasa itu. September. Aku mula rasa gundah gulana bak katak ditepi bara. Semua dirancang masih belum cukup untuk meletakkan diriku ditepi kain rentang kuning yang melaungkan kata semangat, "let's us all cross the line together with glory". Memang benar2 payah untuk mencapainya.

Oktober serta November bulan yang sanggup menerima aku untuk bersama-sama terus berjuang dengan hati yang kering kontang. Kering? Kering dari bisikan angin kencang yang mampu mengoyangkan semangatku. Ada apa ngan angin? Setakat angin pruuussttt memang x da kesan terhadap aku yang umapama pohon palma.
Disember, mengajar aku erti kisah, cerita, drama serta telenovela. Setiap hari umpama drama, setiap babak adalah kisah dan setiap detik adalah telenovela. Memang banyak aksi yang diperlakonkan oleh sandiwara saudaraku sendiri. Alkisah ini jugalah yang mengajar aku erti kehidupan....

*p/s aku dah x de idea nak tulis so HAPPY NEW YEAR 2012...best wishes to all 94..

1 comment: