20120101

REFORMASI!!!

Reformasi tahun baru 2012...


Permulaan tahun baru serta daerah masa baru yang telah membuka suatu kawasan waktu kepada semua individu melakukan reformasi. Reformasi? Ya, reformasi terhadap sesuatu yang belum bisa digenggam dan dipeluk erat di dalam diri ini. Reformasi kerana tulisan azam 2011 yang masih lagi ada yang belum dilaksanakan. Reformasi bukanlah hanya sinonim dengan politik, malah ia juga adalah reformasi yang berkaitan azam atau batu capaian yang menjadi titik penanda akhir bagi tahun 2012 ini. Adakah kita hanya reformasi yang hanya mendengar carutan daripada mulut celaka sang para pemain telenovela. Telenovela yang mempunyai 200 episod kehidupan.

Konspirasi sang para pemain telenovela yang membelit sang penonton inilah yang mampu dileraikan dengan reformasi. KONFIUS? Aaahhh biar saja mereka kekal dalam dunia pentas mereka. Reformasi diri yang bermula dengan sedegup jantung hingga ke degupan jantung yang kencang yang juga mampu menggerakkan reformasi azam tahun baru. Memang sukar untuk mengkencangkan degupan tapi apakah ia bisa diperlakukan sedemikian jika anda tidak berlari dengan laju. Makin banyak kita berlari makin banyak langkah diawasi kanan dan kiri. Kecaman menusuk juga perlulah di elak atas dan bawah tanpa bergerak ke belakang kerana ia mampu membuat reformasi menjadi kubur yang tidak dilawati.

Biar ia dipancari benci kerana ancaman mereka tiada makna. Makna matlamat tahun baru mereka apakah ia?

*entry ini tiada unsur politik atau agama ia sebenarnye berkaitan azam tahun baru...HAPPY NEW YEAR 2012...XD

1 comment:

  1. Happy new year jugak , walaupon dah terlambat haha . Happy new month mungkin :')

    ReplyDelete