20120707

I learn something...

Dah 2 bulan aku kat NDUM. Tak sedar aku dah 8 minggu aku duduk kat sebuah kem lama yang jauhnya 20km dari pusat bandaraya KL. Rutin harian yang sama diteruskan bagi meneruskan hidup. Bende yang sama, perbuatan yang sama diulang-ulang setiap hari  sehingga capai hari ketujuh dalam seminggu iaitu Ahad yang sering menjadi hari yang ditunggu.

Sesuatu yang benar telah mencelikkan aku dari lamunan kosong, apa itu kehidupan? Kehidupan itu sesuatu yang subjektif yang sukar diintepretasikan dengan hanya gambaran lukisan kehidupan serta omongan cerita2 lama yang dicerita oleh penglipulara. Ianya sesuatu yang dilukis dijiwa sebagai corak .

Prinsip asas kehidupan. Apakah? Setiap orang ada prinsip terhadap diri sendiri agar sentiasa mempunyai pendirian yang teguh. Aku? 2 taun lepas aku telah dimomokan dengan rukun putera kepada diri aku nie. Rukun putera yang terdiri daripada 4 prinsip yang dahulunya aku ambil mudah dah ringan tanpa memikirkan apa yang tersurat mahupun tersirat didalamnya.

Kini, baru aku sedari bahawa pentingnya ia kerna mampu membezakan seorang bekas putera dan orang laen. Lupa nak cerita pasal rukun tu.

Rukun Putera:

#1 Patuh perintah

#2 Tepati dan hargai masa

#3 Lakukan yang terbaik

#4 Amanah

Hanya terdiri daripada barisan perkataan yang mudah disebut tapi begitu besar nilainya dalam sebuah kehidupan. Ada ketika dan saat aku memerhati sekeliling dan sentiasa mengaitkan prinsip tersebut dengan setiap perkara yang berlaku disekeliling aku. Memang sadis kalau dipikirkan balik ketika aku mengabaikannya.

Aku selalu memikirkan rukun yang ke-3, lakukan yang terbaik. Aku sentiasa berazam melakukan yang terbaik tak kira apa jua keadaan mahupun sesukar mana sesuatu masalah tu. Sebab aku telah diajar untuk menjadi sedemikian agar mampu mennyelesaikan masalah sendiri. Kehidupan itu berat tapi sampai bila hendak memikirkan berat kalau tidak cuba mengangkatnya ke satu tempat laen.

2 comments:

  1. buat sehabis baik tu... buat seikhlas mungkin la kan?

    ReplyDelete
  2. buat kerana ALLAH...hati insyallah menjadi ikhlas

    ReplyDelete