20120506

#17 Here again

Assalamualaikum, dah lama aku tak singgah kat ruang belog nie. Aku rasa adalah lebih daripada sepurnama aku tinggalkan petak yang selalu aku kunjung tatkala aku sedang berasa sesuatu. Mungkin ini adalah yang terakhir bagi zaman aku sebagai seorang boy. Mungkin ini yang terakhir bagi aku sebagai seorang pelajar.

Aku teringat zaman aku meningkat dewasa dahulu. Ketika di tingkatan 3,aku pernah belajar novel yang bertajuk Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Novel tu berkisah pasal seorang pejuang era komunis di Malaysia yang telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Ceritanya sungguh meruntun jiwa yang membaca kerana kecekalannya mengahadapi cabaran. Ada suatu ketika, cikgu aku pernah mengecilkan aku kerana memasang niat untuk masuk ke MTD. Boleh tahan sentap jugakla bile cikgu aku cakap macam tu.

Tapi aku sering melihat orang melakukan terjunan payung terjun ketika aku masih lagi kecil. Pernah terdetik dihati aku nie untuk suatu hari jadi macam tu. Insyallah. Selalu tak makan sebab aku nak tengok diorang. Selalu jugak tak pergi PJ sebab nak usha diorang wat latihan. Ada masanya kedengaran juga nyawa melayang ketika melakukan latihan tersebut. Tapi tak pernah sekali pon hasrat aku berubah. Biarla, jika itu takdir aku terima dengan redha. Yang penting sentiasa ingat berdoa kepada Allah.

Ibubapa aku juga sebenarnya tidak pernah menggalakkan aku untuk melanjutkan pelajaran ke MTD. Tapi mungkin gerak hati aku jugakla yang sering berkata untuk pergi mencuba nasib. Ayahku tidak menggalakkan untuk mengikut langkahnya tapi sentiasa memberi dorongan selepas aku masuk MTD. Di MTD, seseorang telah memberi aku sesuatu yang tak pernah aku temui. Dia ialah Staff Meor. Sesuatu yang aku kagun dengan die nie kerana nilai yang telah ditunjukkan kepada anak2 muridnya yang pernah menuntut di MTD. Kesungguhan dan kesabarannya dalam melaksanakan tugas sebenarnya telah sekali lagi menarik minat aku untuk terus melanjutkan dalam perkhidmatan ini. Aku baru mengerti apa itu komited, tanggungjawab dan juga setia. Askar Melayu la katakan dia nie. Memang taat setia kosai la.haha


Pernah ada ketika aku berbelah bagi untuk meneruskan hasrat aku untuk apply UPNM. Kenapa? Aku pon tak tau. Padahal bende nie selepas SPM aku dah start pegi pemilihan. Mungkin ada sedikit rasa gentar dihati . Mungkin juga aku ingin berasa hidup seperti remaja laen di universiti awam yang lain. Mungkin juga aku sudah bosan dengan kehidupan sebegitu rupa. Kini, baru aku sedar yang sebenarnya hati aku ini tercalit sedikit rasa gentar dan gerun untuk meneruskan niat aku nie. Mungkin ini ujiannya. Siapa lagi nak heret aku keluar dari belenggu nie kalau bukan diri sendiri. Tapi dilema ini tidak lama, member baik aku, Siam yang telah merubah sesuatu yang selama ini aku pernah pikirkan.

Mungkin juga niat aku untuk meneruskan hasrat aku nie sebab dah tak nak menyusahkan family aku. Aku nak tebus balik apa yang pernah aku buat diorang kecewa. Aku nak bayar balik kesedihan tu dengan membuatkan mereka bangga. Dan aku berharap aku mampu pergi ke Royal Military Academy Sandhurst, UK suatu hari nanti. Memang itu azam aku dari zaman aku sekolah menengah lagi. "Biar banyak cabaran yang datang tu baru namanya kehidupan". Aku ingat lagi kata2 seseorang nie kat aku. *aku harap die baca!!!


Disitu lahirnya pemimpin kini. Panglima2 kini. Serta kerabat2 raja kini. Semoga impian aku tercapai suatu hari nanti. Insyallah. Tak salah kita berangan asalkan kita tahu apa impian kita. Terlalu banyak pengalaman yang ditempuhi semakin banyak memori yang mematangkan kita. Siang jadi kenangan malam jadi impian.
Mungkin ini baru permulaan, mungkin banyak lagi halangan yang sedang menunggu dipersimpangan. Tapi halangan didikan ketabahan. Ya, didikan ketabahan. Ketabahan yang membuatkan kita cekal dan lain daripada orang lain.

Sebelom aku berangkat ada sesuatu yang aku ingin lakukan tetapi aku sendiri masih mencari apakah ia. Terlalu banyak yang aku pikirkan dalam tempoh ini. Semoga ianya dipermudahkan kepadaku. Setiap langkah diiringi doa cekal hati semangat waja. Pantang berundur bila bertempur hingga jasad kaku terkujur lalala~

-THE END-

p/s weyh syuh aku dah update..haha..kbye








5 comments: