20120307

#16 A little of tears


Kadang2 kita menangis melihat keindahannya. Kadang2 kita ketawa apabila mendengar warkah yang datang dari angin yang menyapa. Kadang2 kita berasa sedih akibat leka kepadanya dan kadang2 kita mengukir senyum tatkala mendapat pemberian. Pernah tengok laki menangis? (apa punya soalan la aku tanya nie) 


Laki juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang punya perasaan. Tapi waktu bile sebenarnya menangis nie? Kadang2 aku selalu nampak apa yang ada kat dalam diri nie sebenarnye banjaran ego yang meninggi(mengalahkan Banjanran Himalaya) yang tak nak mengaku diri sedih. Yang tak nak mengaku diri pilu. Yang tak mengaku diri hiba dan yang tak mengaku diri menangis.

Hakikatnya, tak payah nak bajet macho sangat arr kalau ko kata laki tak menangis. Tak payah nak kata orang yang menangis tu cenggeng sangat arr. Dan tak payah nak omong yang laki yang menagis tu tak cool dan stylo. Macamlah ko tak pernah menangis masa baru lahir(ko pernah ketawa ke masa baru keluar dari rahim mak ko huh?) Cuba korang pikir balik apa yang aku tulis nie.

Menangis jugak terbahagi kepada jenis. Jenis yang menangis sebab dunia dan menangis kerana takot. Apa itu? Menangis pasal dunia nie lebih kepada kecewa kepada kehidupan harian. Masalah yang timbul yang bertimbun-timbun hingga dia sendiri menjadi sesak umpama dadanya dipeluk dengan ahli sumo. (macamana tu?) Waktu tu la dia akan berasa kecewa hingga kehidupannya tidak menjadi tentu arah.

Bagi jenis menangis yang kedua, iaitu menangis kerana takot. Alangkah bagusnya kalau kita menangis kerana takot kepada Allah. Kita manusia memang tak terlepas daripada melakukan dosa dan sering alpa kepadanya. Ego dan bongkak yang meracuni diri sering kali memaksa sifat itu immune dengan diri kita. Tidakah kita berasa malu kepadanya setelah seberapa banyak nikmat dan kurniaan yang telah ditauliahkan kepada hambanya.

Adakalanya kita tersentap seketika selepas terjaga dari mimpi yang indah. Tapi mimpi yang indah belum tentu menjamin redhanya. Tersentap itu cool. Tersentap itu stylo. Air mata yang ditahan memang sukar dielakkan tatkala kita berasa hina atas perbuatan yang dilakukan. Menangislah wahai manusia jika itu bisa meraih cintanya.

Bangunlah umat Muhammad pada pagi hari, ketika pagi masih hening dan tiada satu gangguan pun ketika itu. Ditemani bunyi cengkerik dan embun pagi yang dingin. Ya, memang tenang detik itu. Kau menangis la selagi boleh kepadanya tidak kira LELAKI mahupun perempuan meminta ampun kepadanya. Kau berasa malulah ke atas dosa dan kesesatan yang telah kau sebati dengan diri. Kau sucikanlah nasuha ini daripada segala kotor yang sesungguhnya tidak suci. Moga nuranimu akan kian bersih lagi suci. Sesungguhnya dia tidak pernah tidur dan sentiasa mendengar luahan dan aduan mu segenap masa.

Bukan aku nak mengutuk mahupun mencarut tapi serius shit aku benci betul kalau orang cakap laki, ko mana boleh menangis. Bukankah menangis itu menandakan hatinya lembut dan mudah ditiupkan keinsafan dalam dirinya. Janganlah kau semaikan hatimu dengan sesuatu yang keras kelak ia akan menjadi lebih keras daripada besi yang ada dan memakan dirimu sendiri.

Memang tak salah dan bukanlah sesuatu jenayah jika seorang laki itu menangis. Tapi bukan aku maksudkan menangis kerana makhluk laen tetapi menangislah kerana pencipta mu. Janganlah kau terlalu bersedih kerana seseorang maka kelak hatimu akan semakin hiba kerananya. Masih ada yang sentiasa bersama kita tatkala kita bersedih namun hakikatnya kita sering buta dan kabur akannya meskipun ianya sudah jelas sejak azali lagi.


Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita dan Allah amat suka akan orang yang sabar. Kelak kebaikan akan dikurniakan kepadanya. Insyallah...




p/s trimas too Sera yang telah mengingatkan aku yang sering lalai meskipun ianya adalah asas. aku pun manusia jugak. Penyu menangis siapa yang tahu...

1 comment:

  1. Aku suke ayat , "dan tak payah nak omog laki yang menangis tu tak COOL dan STYLO" hee :)

    ReplyDelete