20120215

#6 Bayonet

X pernah aku jalan kat gunung. X pernah aku jalan kat atas air. X pernah aku jalan atas api. Aku hanya pernah jalan atas tanah yang serba kotor. Aku hanya pernah jalan rumput kering. Lumpur selalu terpalit kat liang2 hati. Salut kerap menyalut perasaan yang sedang gundah. Apakah bisa aku lari bebas dari ini semua. X kan mungkin aku x bleh aku lalui kalau sudah diuji oleh Allah. Die maha mengetahui. Die maha mengasihani. Xkan die biarkan aku diuji tanpa mengetahui keupayaan aku.

Semakin hari semakin rabak aku rasakan. Semakin hari semakin perit aku rasakan. Ubat yang diberi hanyalah sebagai penahan bukan sebagai penawar. Ubat yang diberi bukanlah pahit tetapi manis yang membunuh. Bisikan kata yang ditiup di telinga menjadi pembunuh dalam diam. Umpama aku cuba memangang diriku sendiri. Kata2nya memang manis didengar serta juga melembut telinga tapi bukan melembutkan hati. Hatiku semakin gelora. Gundah gulana menghantui sanubariku. Semakin kerap diucap kata2nya semakin rabak hatiku ditikam dengan bayonet. Bayonet yang x perlu diasah sudah mampu menambah luka. 

Bukan takot kerana jangkitan tetapi takot kerana masih berdarah. Darah yang x pernah henti bahkan kian deras memancut. Tolonglah berhenti bermain dengan bayonet kalau tidak mahir dengannya. 


p/s waspada ketika berkata2..

1 comment: