20110831

telah kelihatan(bulan)...

Pagi tu aku bangun seperti biasa,jam 0630H. Rasai dan nikmati suasana pagi yang hening hanya dengar bunyi ayam yang baru bangun serta diselang-seli dengan unggas yang telah keluar dari sarangnya. Aku terfikir seketika hari nie hari ape? 29 Ogos 2011. Hari last dalam bulan Ramadhan tahun nie. Sayu hati meninggalkan Ramadhan yang akan berpisah dalam beberapa jam lagi. Ramadhan inilah ramadhan yang paling best pernah aku rase selama 17 tahun nie. Ramadhan nie juga la mengajar aku tentang banyak perkara.

Mungkinkah ada Ramadhan lagi selepas ini? Sempatkah aku rasainya? Samakah ia seperti ini? Harapan dan doa yang hanya mampu disimpulkan dan diselitkan dalam mengharap nikmatnya dirasai lagi. Ramadhan tidak pernah lupa akan janjinya, tapi adakah kita ingat akan janji kita pada bulan Ramadhan? Fajar telah berlalu pergi,senja merangkak ke mari. Allahuakbar2...Tamatlah Ramadhan tahun nie. Dapat ke aku rasai semua nikmat Ramadhan tahun nie. Hati mula tertanya2 ditambah hiba pemergiannya. Kini Syawal telah lahir.

Allahuakbar4(takbir berkumandang dicorong speaker). Syawal yang tiba didampingi dengan perasaan gembira. Gembira akan kemenangannya. Betul ke aku menang dalam Ramadhan?...

"ESOK RAYE"

Pagi sentiasa sama seperti semalam, hari tidak mungkin sama seperti semalam.

"SALAM LEBARAN, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
MAAF ZAHIR DAN BATIN jika tersalah bicara mahupun ukiran tatkala melakar pada blog ini....

1 comment: