20110820

lapan puluh tujuh batu lagi...

selangkah aku menetap langkahku,
cahaya bulan yang samar mengikut bayangku,
sesaat aku mengintai ruang waktu,
detik mula mengira waktu

secebis calar di hati ini,
gundah mula menemani kalbu,
jiwa mula goyang mengimbangkan diri,
dek kerana detik sudah tiba

jauh cahaya mula menusuk,
jauh memori yang diimbau,
jauh kiraan yang dikira,
hari semakin berkurang

1 comment: