20110604

aku sangat lemah...

Telah diutuskan rasulullah s.a.w kepada umatnya untuk mencintai Allah.Telah ditinggalkan Al-Quran dan sunnah kepada umatnya sebagai panduan.dalam mencari cinta pertama, selamanya, dan sejati yakni Allah.Tiada agung cinta daripada kepada Allah,tuhan sekalian alam.Propaganda syaitan tidak pernah henti daripada menyebarkan manifestonya.betapa sukar untuk aku memilih lorong hidupku.Kanan, kiri atau terus duduk di takuk lama.Ya Allah,aku insan lemah yang serba kekurangan dan jahil lagi tandus rahsia kebesaranmu.Syaitan tidak pernah alpa daripada menyimpangkan jalanmu.Kemungkaran!!!

Mengapa sekarang baru ku tahu?Kenapa sekarang baru kau beritahu?Mengapakah engkau memilih diriku?Kenapa susah untuk berlaku ikhlas?Salah siapa angkara ini?Aku?Kau?Dia?Semua?Begitu sedikit ujianmu Ya Allah.Begitu lemah juga diriku ini Ya Allah.Kekuatan tidak akan pernah subur jika tidak dibaja.Baja?Ya,baja adalah makanan iman.Iman bagi orang-orang yang dahaga dan kebuluran dengan 'nur'mu Ya Allah.Cinta mainan syaitan.Cinta senjata syaitan.Cinta perangkap syaitan.Cinta propaganda syaitan.Semuanya adalah cinta kepada manusia yang kufur dan lalai kepada Allah.

Kau penjenayah.Aku mangsa.Kau ragut,kau rompak,kau tikam,kau bunuh,kau langgar dan lari hatiku.Begitu pahit gula yang ku makan.Begitu manis ubat yang ku telan.Itu semua jenayah.Jenayah terancang.Kau hiris hatiku dengan kekesalan.Kekesalan kepada ilahi.Aku takut tatkala kau meluahkannya.Aku menggigil ketika kau berucap pengakuan.Memang orang lain suka padanya.Tapi tidak bagi aku.Janganlah aku menjadi nyamuk yang membuatkan kau lalai kepada tuhan.Selangkah aku hampir dengan musuhku.Selangkah aku jauh dari penciptaku.Wadah alpa kian bercambah dalam diriku,itu yang membuatkan nurani ku takut.Garuda sudah menghentam badai.Badai yang kian robek.Aku bimbang hatiku alpa.Aku takut aku akan terleka.Aku gerun aku akan terpedaya.Dunia memang begitu.Tidak ternilai air mata dengan permata yang bisa memadamkan api neraka.Andai benar mengalir dari nasuha nurani takkan berpaling pada palsu duniawi.Destinasi cinta yang ku cari sebenarnya terlalu hampir hanya kabut kerana dosa di dalam hati.Telah ku berada daerah cinta yang lain dari wadah yang alpa.Tiada tenang ku temui hanya kecewa menyelubungi.....


p/s sori arr kepada korang pada post yang nie....aku agak emosi sikit....kalau x paham,rujuk la cikgu korang yang bahasa sama taraf ngan aku....hahaha

1 comment:

  1. Ketika Allah mencintai seseorang hamba, maka jatuhlah ke dalam hati hamba itu cahaya suci yang membuat dia mengenali tanda kecintaan-Nya . janganlah meletakkan sesuatu dihatimu kecuali Allah disitu...smoga kita semua terlindung dalam dakapan cinta Allah dari cinta yang tak halal bagi kitaa :)

    ReplyDelete