Semakin hari semakin rabak aku rasakan. Semakin hari semakin perit aku rasakan. Ubat yang diberi hanyalah sebagai penahan bukan sebagai penawar. Ubat yang diberi bukanlah pahit tetapi manis yang membunuh. Bisikan kata yang ditiup di telinga menjadi pembunuh dalam diam. Umpama aku cuba memangang diriku sendiri. Kata2nya memang manis didengar serta juga melembut telinga tapi bukan melembutkan hati. Hatiku semakin gelora. Gundah gulana menghantui sanubariku. Semakin kerap diucap kata2nya semakin rabak hatiku ditikam dengan bayonet. Bayonet yang x perlu diasah sudah mampu menambah luka.
Bukan takot kerana jangkitan tetapi takot kerana masih berdarah. Darah yang x pernah henti bahkan kian deras memancut. Tolonglah berhenti bermain dengan bayonet kalau tidak mahir dengannya.
p/s waspada ketika berkata2..
Wondering , bayonet tu ape eh ? Haha
ReplyDelete