20120203

#4 Dulu dan Kini

Okay harini penghulu segala hari,  sayyidul ayyam (kalau salah komen betulkan). Hari Jumaat gak hari yang istimewa. Dalam Al-quran gak ada menyatakan bahawa hari Jumaat nie akan terjadinya hari kiamat. Tapi kita x kan tau bila. Itu adalah rahsia Allah. Wallahulalam. Jumaat, hari yang indah ditemani dengan matahari sedang girang terbit dari ufuk timur merupakan hari untuk kita melakukan amal ibadat(maksud aku bukan hari lain x payah buat tapi hari Jumaat adalah hari yang sangat istimewa). Kalu dulu aku benci kat hari Jumaat kat maktab sebab ada banyak sangat aktiviti aku x suke. Astagfurullahalazim, jahil sungguh aku ni. sebenarnye aku nak cite pasal Dulu dan Kini.

Korang ingat lagi x apa yang korang buat sebelum dan ketika SPM. x ingat? Meh aku luku skit apa yang korang buat.




*korang menangis merenggek-rengek(sambil guling2) nak mintak pertolongan Allah.
*korang wat solat sunat hajat, dhuha, taubat etc
*korang baca yassin tiap2 kali waktu solat dan mengaji (tapi lepas tu lupa,malas la ngan banyak lagi alasan)
*korang menangis kesal sebab dosa yang korang pernah buat (tapi pastu buat balik)
*korang mintak maaf kat family, cikgu, kengkawan (sama la..dah abis buat balik)
*korang tinggalkan perkara2 lagha (malah makin bertambah pulak lepas SPM)

okay banyak lagi korang tau kan apa yang korang buat...

okay aku nak mentioned kat sini pasal skarang. Korang buat ke semua amalan yang korang pernah buat dulu. Jawabla? Okay, xyah cerita kat aku korang tau kan apa yang korang buat. Pikir2 la sendiri. Ni aku nak dok crite kat hangpa semua, kita ni jangan lah ingat Allah time susah je padahal dulu time susah time tu la korang solat sampai x henti2(ada certain tu sampai menangis2). Aku bukan nak kutuk pasal diorang solat khusyuk sampai macam tu skali tapi yang aku nak tegur nie pasal amalan yang korang tinggalkan nie. Walaupun kita dah lepas time susah jangan ingat ujian Allah tu dah abis macam tu. So, keep going la ngan amalan tu. Betullah orang cakap, susah ni buat kita ada connection ngan Allah tapi kan lagi bagus kalau setiap masa,ketika,detik,jam,minit,saat kita sentiasa mengingati Allah. Kalau dulu bajet berazam lepas SPM time cuti nie nak wat amal la, nak doa banyak2 la kasi result gempak tapi hakikatnyer kita lupa semua janji2 kita. Kita lagi leka ngan kerja. Haiihh bro ngan sis kat luar tu, confident sangat ke result korang gempak?



*berpesan2 la kita sesama member..aku pon ingatkan diri aku gak. apa yang baek datang dari Allah yang buruk datang dari aku n last skali ENJOY hari Jumaat korang ngan amal ibadah. 

4 comments:

  1. betul betul. marilah kita sama-sama rajin beramal :)

    ReplyDelete
  2. nice,thanks for da reminder :)

    ReplyDelete
  3. ksilapan terbesar kbnyakan student..

    spatutnya kita mnghadapi spm smata2 krna Allah
    bukan mndekatkan diri kpd Allah smata2 krna spm

    *prkataan btulnya ialah sayyidul ayyam:)

    ReplyDelete