20120121

#2 January: a month of OP...

Lagi jauh kita melangkah makin banyak yang kita selami. Lagi jauh kita memandang lagi luas kebenaran yang ada. Apakah ianya memang lumrah atau sekadar panorama kehidupan yang mencorakkan alam. Mungkin. Tapi adakah ianya adat manusia ataupun hukum karma setiap perkara yang didepan mata adalah memang sukar diterima kadang2? Persoalan yang berlegar dekat petak minda aku buat dua tiga hari ni,


Jauh ke perjalanan aku ni atau dah dekat?

Berjalan disejauh 300batu (sebenarnye naik kenderaan...gila korang aku nak jalan sejauh tu) memang benar2 membuka mata. Aku x kata yang aku tau semuanya tapi yang aku nak kata kat sini yang aku cuba untuk menyelami apa itu kehidupan dalam ekspedisi aku mencari definisinya yang sebenar. Korang rase, korang betul ke dah jumpa kehidupan?(JAWABLAH). Walaupun dah 17 tahun korang ada pijak, sentuh, raba bumi nie tapi x bermakna korang dah pernah rasai apa itu kehidupan yang sebenar. Kepada yang bajet dah matang tu x yah sembang la weyh. Banyak lagi bende yang korang x tau tapi kadang2 korang memang rasa x nak tau... 

Aku selalu nampak, dengar, lihat orang dengan lancangnyer memberi perspektif x kira la positif(+) atau negatif(-). Pernah ke diorang tau apa yang diorang cakap tu. Memang la x salah nak beri pendapat tapi janganlah terlalu mudah untuk menilai sesuatu sebelum tau kebenarannya. Memang FACEBOOK dicipta ada 2 icon, LIKE dan COMMENT. Pernah korang terfikir kenapa? 

LIKE           : untuk korang renung2kan apa yang tertulis pastu korang setuju atau tidak.
COMMENT: untuk korang bagi pendapat, idea, cadangan etc...

Orang cakap GENERASI Y ni lebih suka LIKE daripada bagi COMMENT betul ke? Kadang2 LIKE lebih elok daripada memberi COMMENT dan kadang2 jugak COMMENT lebih elok daripada LIKE. So, korang pikir2kanlah kenapa dan apa yang patut korang buat.

p/s Gunakan hak berfikir sebelum hak bersuara. Kalau anda terpelajar gunakanlah HAK MIRANDA

1 comment:

  1. lame? tak lame pun aku bace, sini aku COMMENT and LIKE :)

    ReplyDelete