20111224

G8bye Boys...

Assalamualaikum to all readers. Dah 2 hari lepas Perbarisan Tahunan Putera. Rindu, Sayu, Sedih semua bercampur di dalam hati aku bagai larutan garam di air laut. 2 tahun memang penuh dengan suka duka di RMC. X kenal maka  x cinta. Kalau dulu aku sering terfikir yang aku ni mampu ke habiskan/tamatkan zaman persekolahan aku kat sana? Memang sering menjadi bahan masa kat sekolah lama dulu. Pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu. Bermula daripada aku lapor diri kat Dewan Tun Templer hinggalah aku ambik hadiah kat Dewan Tun Templar jugak aku abis.

RMC. Nama yang gah setinggi kedudukannya di atas yang mampu melihat pemandangan Kuala Lumpur. Prmandangan ini umpama pengalaman yang menghiasi blog hidup aku. Kadang2 aku rasa RMC nie macam di pulaukan dari sesetengah SBP laen. Bergaul sesama koloni,membuatkan aku rasa kitorang bagaikan saudara kandung(brotherhood). Memang x kisah dengan hidup budak sekolah laen. Hidup remaja aku memang betul ada kat atas bukit nie je.

Susah senang bersama. Semangat sesama rakan seperjuangan memang aku akui adalah terbaek di RMC. Baru sekarang aku faham apa itu RMC. Di sini jugaklah aku tahu satu benda yang sekolah laen x de,bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah. Kadang2 aku rasa kehidupan tentera memang F*** tapi itulah sebenarnya yang mematangkan kita. Biar muka x matang tapi jangan sampai kehidupan kita yang x matang. Aku memang x kisah dengan kehidupan budak laen, tapi aku memang kesah dengan kehidupan saudara2 aku. Kalaulah dapat diputarkan masa memang aku nak kekal duduk sini tapi masa merupakan perkara yang paling jauh dalam hidup kita...

*masa akan menjadi semakin jauh dari hidup kita...

Aku rindukan falling, aku rindukan shout pengumuman, aku rindukan caci maki staf, aku rindukan jeritan, aku rindukan ketawa yang mengoncang limpa aku, aku rindukan pertengkaran dalam ketawa dan aku rindukan bla bla bla...Budak laen boleh bagi ke semua tu kat aku?


Tatkala melangkah PINTU MUNIP,
Bukanlah hanya sebuah pintu kayu,
Ia merupakan garisan pemutus kehidupan sebgai PUTERA dan Old Putera...


Goodbye boys,its time to say goodbye. Masing2 akan bawak haluan memasing, pulang ke kampung memasing. Memang hilang dimata tapi di hati x kan lupa...Aku harap kita akan sama seperti dulu dan biarkan kampus nie ingat akan kisah C.R.O.W.N.S dalam sejarahnya selama 59 tahun...




p/s tunggu aku kembali ke maktab sebagai JLK...




saat kali terakhir di RMC...

for auld lang syne

from now I'm 434661 OP Kairul Hazwan (JOJO)

1 comment:

  1. Tacing doe bace post kau ni haha T.T serioustacing

    ReplyDelete