20110701

kenapa and why???

it's arrrggghhh not aahhhhh
it'grrrrrr not errrrrr
it's oooohhhh not ooooo
it's errr not eeewww
it's hmmmm not herrrmmm....

Hari nie aku start cakar blog nie dengan sesuatu yang kalau kat maktab orang panggil 'hambar'. Hambar means that words sooooo lame. Aku tau korang mesti tak paham punyer aper yang cuba aku sampaikan kat korang hari nie. Dah2 aku dah malas nak celoteh bebanyak jom sambung topik arinie. Ianya berkaitan 'KENAPA???' Apa yang kenapanye? Nie semenjak 2 menjak serta 3 menjak nie, aku rasa manusia semakin zalim dan hilang nilai kemanusian. Cuba kite usha kat luar sana ada yang bergaduh, ada yang membuat benda bukan2, ada gak yang berperang. Perang dalam konteks aku nie bukan setakat perang fizikal mahupun psychologi tapi perang siber serta perang dingin. Kalau era 70an dan 80an dulu yela memang hebat perang dingin nie. Si AMERIKA nak sebarkan ideologi diorang yang Si KOMUNIS pulak nak sebarkan doktrin diorang. Masing-masing tak mau mengalah. Habis siapa yang mengalah? Orang yang kat tengah tu la sape lagi.

Kenapa manusia mesti bergaduh, berperang, berebut, berbunuh dan bla bla bla lagi....Kenapa nak amalkan undang-undang rimba kat zaman sekarang nie. Yang kuat akan terus kuat yang lemah akan terus lemah. Tak boleh kalau kite sama-sama kuat. Kat dalam negara pon sama jugak. Semua nie ada kaitan dengan falsafah humanisme. Memanglah kalau nak terus berkuasa kene terus struggle, tapi kebanyakan cara yang diorang guna adalah benar-benar kotor dan berselut. Sebab tu la masalah politik tak pernah selessai. Lepas satu masalah settle satu lagi masalah pulak datang!!! Masalah tak pernah habis....dunia2

rujuk wikipedia untuk mengetahui tentang HUMANISME

Masalah sosial pulak lagi la membukit. Tak kira la kat Zimbabwe, Cuba, Poland mahupun Jamaica tetap sama je masalah yang dihadapi diorang. Semua sebab sikap manusia tu sendiri yang semakin hilang rasa manusia dan takut pada tuhan. Semuanya lebih layan kemewahan dunia yang sementara nie. Sifat tamak masing-masing memang tak dapat dikloroxkan.

Zaman sekarang nie memang zaman untuk kita bersuara. Tak salah kalau kita ada pendirian dan pandangan sendiri tentang sesuatu dan tak ada siapa yang boleh melarang kita daripada terus bersuara selagi tak salah. Ada caranya untuk kita luahkan sesuatu...tapi jangan lah dengan cara yang boleh menyusahkan orang lain. Aku tak maksudkan sesape tentang nie. Cuma ini sebagai peringatan. Tak payah la kita nak tunjuk havoc kita kat orang lain. Cara nie tak menjamin apa2 pon...serius aku cakap!!! Banyak lagi cara lain untuk luahkan sesuatu....

Ganas +  Zalim = Kejam....


p/s berbalik pada ayat yang aku guna pada mula-mula post kali nie, sebenarnya sebutan yang sama tapi maksud yang lain....ianya merupakan sindiran...lu pikir la sendiri.....

1 comment:

  1. Takde ah hambar sangat . Ade point laa jugak haha

    ReplyDelete