20140421

Berhenti Menangis

Berhenti menangis sayangku!
Curahkan sesalmu dalam hujan
Tanpa aku bantu kesatkan

Berhenti menangis sayangku!
Jeritkan sedihmu dalam guruh
Tanpa aku tolong dengarkan

Berhenti menangis sayangku!
Tolong datang kekasih nafasku
Pelukkan aku ketika sejuk

Berhenti menangis sayangku!
Hulurkan payung buatku berteduh
Impikan teduh walau sebentar

-Wak Joko

20121108

Haaaaiih *sigh


Assalamualaikum, kewujudan tak disedari dan kehilangan tak dicari. Setengah tahun kat UPNM terasa begitu lama. Seminit umpama sejam sejam umpama sehari. Memang lambat masa berlalu. Masa terhentikah? Ataupun aku yang terhenti? Arrgh mungkin ya jawapannya.
Terhencot ketika berjalan, meraba metika merangkak, menarik ketika mengesot. Ilmu susah memang begitu. Ilmu senang begini, berlari sambil bernyanyi, berjalan sambil bersorak, menjerit sambil menggelongsor. Senang bukan? Pahit yang ditelan manis yang dimuntah. Arrgh keluhan tiada henti.
Masuk bulan keenam aku kat UPNM nie. Pokok yang ada dikira satu persatu. Mungkin orang kata gila tapi aku tak. Kerna ia punya sifat sendiri. Makin teliti pokok itu makin terasa gundah aku rasai. Mungkin aku sendiri alpa. Mungkin agaknya. Rindu? Sampaikan rindu kepada dirinya. Siapa dirinya?
Akulah yang dirindui. Rindukan diri sendiri. Gila! Betul betul gila ini budak. Tapi memang aku rindu sangat. Rindukan aku yang dulu. Duduk termangu di tepi tingkap. Memandang kertas hingga tembus, makan chocolate tanpa perasaaan. Berfikir. Apa dia?
Dikelilingi dengan daun daun terba ng. Berjalan disenja hari sambil awan mendung di atas kepala. Memang macam drama tv. Ianya reality emosi. Siapa perasan? Tiada. Dan jawapannya tiada lagi. Nanti, mungkin ada yang sedar. Siapa? Aku. Aku yang sedang gulana. Mana perginya gundah. Singgah mencari jalan keluar.
Suatu ketika ia terlintas di fikiran. Umpama dua pelakon layar sedang berdialog. Tapi bukan dipentas teater. Di pentas minda ini mereka bersandiwara. Mereka berkata,
“Apa?”
“Apa?”
“Dan apa?”

Hanya itu dialog mereka. Ringkas dan hambar tapi penuh dengan rasa was was. Mungkin mereka suruh aku mencari kesudahan cerita mereka itu sendiri. Tapi aku bukan orang yang duduk di kerusi pengarah dan hanya menjerit “action”. Aku hanya ingin menjadi penonton ini drama. Ada baik mungkin jika aku sendiri menyelesaikan drama ini. Sebab aku sudah bosan hanya duduk menunggu.
Kecik besar kecik besar. Hitam benar warnanya. Ada sikit air disitu. Tidak dinafikan mataku ada terselit unsur risau. Takut? Tidak dinafikan lagi. Rasa ketakutan itu mula timbul di permukaan mataku. Ada orang nampak? Harap tiada. Ambil kain tutup itu mata. Tak nak orang sedar perasaan itu. “heyy, jangan pandang dah…”
Memang begini aku. Kenapa? Berubah? Tidak mungkin. Dinafikan dengan ego. Entah jawapan selamat yang aku kasik. Tak disedari apa yang beralih. Sebentar disitu kini disana. Tadi dekat sekarang dah jauh. Jauh benar yang aku cari. Masyallah aku dah lupakannya. Ya Allah dekatkanlah kembali. Aku tak nak penat kejarnya. Aku merayu kepadamu ya Allah. Betul betul menangis melutut kepadamu.

p/s Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa


20120909

Bye mak cik...

^
nama makhluk ini syuhaida ahmad kamal a.k.a jed (jangan tanya aku kenapa jed gi tanya die sendiri)

Assalamualaikum, Dear my fren,

Kejap je aku rasa masa berlalu. Walaupun persinggahan ketika cuti selepas spm kita kenal tapi banyak cerita telah dikongsi. Bile ko nak fly? ESOK. Kalau 3 bulan lepas aku dengar bende tu nampak macam "ala lambat lagi. Banyak masa lagi ko nak menghayati Malaysia nie". Tapi apabila toleh kesebelah masanya sudah tiba.

Dentisry. Bende tu yang ko pilih untuk litar hidup ko. Doktor gigi somemore. Tapi muka ko memang muka doktor pon memang sesuai sangatla. Tapi  tak tau la kalau ada kata ko muke ustazah hahaha. Tapi betul gak mungkin ada hikmahnya kenapa ko dapat dentistry kat Jordan. Maybe gabungan muke doktor ngan ustazah kowt ahaks(just kidding).

Aku kagun giler ngan post ko haritu, pasal sebelom ko nak fly. Ko cite pasal nak bawak parents ko lawat ko kat oversea. Siyes, 1000 salute to you from me as a cadet. Ko ada wawasan, ada keazaman. So, do the bestla kat sana nanti.

12 jam sebelom bla, weyh ko tak yah la sedih sedih sangat. Ko kan pergi sebab nak belajar. Lagipon tu kan impian ko nak pergi oversea. So, simpan je la air mata ko untuk bile ko dah berjaya nanti, baru nice. 5 tahun. Kejap je tempoh masa tu. Dalam masa 5 tahun, sebuah bangunan pencangkar langit boley terbina. Dalam 5 tahun, akan lahir banyak bayi alaf baru. Dalam masa 5 tahun, yang hidup juga akan kembali kepadanya. Dalam masa 5 tahun, manusia itu mudah berubah. Masa memang begitu. Tapi  zaman ambil masa yang lama untuk berubah.

For the next 5 years,

Ko hutang aku dominos pizza. Aku tuntut nie. Aku demand kat ko, bile kita jumpa aku nak ko dah "assalamualaikum, saya dr.syu."(ayat dah stylo habis nie)tapi tu pon kalau dengan izin Allah la kita bertemu kembali. Kun fayaakun. Semua atas kehendaknya. Walaupun hanya perkenalan yang singkat tapi aku gak rasa sayu weyh. siyes, betul nie(askar pon sedih...harap maklum). Taburan doa kat sepanjang perjalanan umpama lampu jalan sentiasa bersama ko agar terang benderang la jalan ko tu...hahaha...gud luck and struggle for your life...gambate!!!!

Hidup ini umpama sekeping gambar. Sampai masa orang dikanan akan hilang. Orang dikiri akan ghaib. Orang dibelakang akan tiada. Seorang demi seorang dan akhirnya bertemu kembali membuat gambar yang baru,insyallah. 


p/s jangan lupa Allah kat memana kita berada. Solat asas hati kita. Tanpa solat umpama dinding tanpa pasir dan air.